Wednesday, June 29, 2016

Biji ANGGUR meningkatkan peredaran darah

Biji anggur boleh meningkatkan fleksibiliti sendi , saluran darah,  tisu badan dan jantung. Ia membantu meningkatkan peredaran darah dengan menguatkan kapilari, arteri dan vena .

>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK  


Lain lain manfaat kesihatan termasuk :-


a)      Tekanan darah tinggi

Antioksidan , termasuk flavonoid , asid linoleik, dan procyanidins fenolik, dalam ekstrak biji anggur membantu melindungi saluran darah daripada kerosakan, yang boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi.
Ekstrak biji anggur membantu mengembangkan saluran darah dan menurunkan tekanan darah pada orang yang ada sindrom metabolik ( kebanyakan daripada mereka juga mempunyai prehypertension).


b)      Kekurangan vena kronik

Bahan OPCs di dalam ekstrak biji anggur boleh memberi manafaat apabila anda kekurangan Vena Kronik. 80 peratus daripada mereka yang mengambil OPC mempunyai peningkatan dari gejala ini selepas 10 hari  rawatan. Perasaan berat, gatal-gatal, dan sakit  dapat dikurangkan.

c)       Kekuatan tulang

Ekstrak biji anggur meningkatkan pembentukan tulang dan kekuatan tulang.

d)      Bengkak (edema)

Ekstrak biji anggur menghalang bengkak kaki yang boleh berlaku semasa duduk berpanjangan. Menurut University of Maryland Medical Center: Kajian mendapati bahawa pesakit kanser payudara yang mengambil 600 mg ekstrak biji anggur setiap hari selepas pembedahan selama enam bulan mempunyai kurang edema dan kesakitan daripada mereka yang mengambil plasebo.


Satu lagi kajian mendapati bahawa orang yang mengambil ekstrak biji anggur selepas mengalami kecederaan sukan mempunyai kurang bengkak daripada mereka yang mengambil plasebo. 

e)      Cognitif Decline
Ekstrak biji anggur boleh membalikkan disfungsi hippocampal dalam otak dengan mengurangkan tekanan oksidatif dan memelihara fungsi mitokondria

f)       Kesihatan Pergigian
Ekstrak biji anggur mengurangkan  penyahmineralan  dan lebihkan remineralization rongga (cavity)
g)      Diabetes
Ekstrak biji anggur dimakan bersama dengan senaman boleh meningkat profil lipid , penurunan berat badan , tekanan darah dan komplikasi kencing manis.
Ekstrak biji anggur dan latihan senaman boleh membentuk suatu pendekatan terapeutik yang mudah dan murah untuk komplikasi kencing manis.


h)      Ekstrak biji anggur  juga boleh:-

Meningkatkan penglihatan malam,
Melindungi kolagen dan elastin dalam kulit anda ( untuk kesan anti- penuaan),
Merawat buasir,
Melindungi daripada ketengikan oksidatif dan patogen bakteria

Thursday, June 23, 2016

Cara membuat buah ANGGUR menjadi manis


Pecahan gentin atap umah
>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK  
Faktor buah menjadi manis adalah bergantung kepada jenis anggur, waktu tuai, jenis baja dan factor lain.
a)      Jenis anggur. Anggur Delaware jenis masam kerana kemampuan ia mengubah fosfat menjadi gula adalah minima. Jenis yang lain boleh menjadi manis.

b)      Waktu tuai. Anggur perlu di tuai setelah tua. Biasanya 105 hari selepas berbunga atau  125 selepas pangkas. 

c)      Pembajaan. Baja organik untuk memaniskan buah anggur adalah baja tahi ayam , tahi kelawar , najis burung wallet . Ketiga2 baja tersebut mengandungi unsur fosforus(P) yang tinggi di bandingkan dengan kotoran ternak lain . Fosforus(P) yang diserap tanaman boleh membantu pembentukan glukosa fosfat . Glikosa fosfat berfungsi sebagai simpanan energy untuk membantu proses pembentukan gula.

Tanaman anggur di pekarangan rumah pada tahun pertama boleh di baja  guna NPK 15:15:15 sebanyak 300 gram atau dengan baja tunggal yang terdiri daripada urea 100 gram , SP36 150 gram , dan KCL 150 gram.

Faktor penentu rasa manis pada buah juga terletak pada unsur K yang terdapat didalam baja KCL. Baja K ( KCL ) boleh diberikan bersamaan dengan baja P ( SP36 ), 10 hari sebelum tanam anggur dipangkas, sedangkan urea diberikan 5 hari selepas pemberian  SP36 dan KCL .

d)      Faktor lain yang menentukan rasa manis buah anggur adalah pengaruh sinar matahari . Sinar matahari diperlukan untuk proses fotosintesis . Jika tanaman kurang mendapat cahaya matahari , glukosa fosfat yang boleh diubah menjadi gula cuma sedikit .

e)      Untuk memaksimumkan penyerapan baja oleh akar tanaman , setelah pembajaan perlu segera dilakukan penyiraman . Penyiraman yang berlebihan boleh mengurangkan rasa manis buah anggur.

f)       Cara lain yang boleh dilakukan untuk membuat buah anggur manis adalah dengan melakukan pembungkusan buah-buahan . Pembungkusan  boleh dilakukan satu bulan sebelum tuai.Buah anggur boleh di bungkus dengan kertas  atau plastik yang berlubang di bahagian bawahnya.

g)      Untuk anggur dalam pasu, letakkan di bahagian lapisan bawah pasu pecahan genting bercampur sekam.

>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK  


Cara membuat ANGGUR berbiji jadi tanpa biji.


Angur White Malaga

Nota: Tidak semua jenis anggur boleh di buat tanpa biji. Setakat kajian di buat ia boleh di lakukan pada jenis White Malaga dan Situbondo kuning.

Caranya:-
Selepas 15 hari pokok anggur di pangkas/perun, bunga anggur akan keluar. Waktu ini bunga anggur di celop atau di-spray dengan larutan Promalin*, iaitu campuran Giberalat dan Adenine.
Anda boleh juga guna Giberelin** dengan konsentrasi 1,000ppm.
Nota; Kami ada menjual Giberelin 

Pencelopan di buat selama 5 saat, semua bunga hingga ke pangkal perlu di rendam, pada waktu petang atau awal pagi, jangan terkena cahaya matahari direct. Selain buah menjadi tanpa biji, tangkai buah juga memanjang, dan tidak perlu lagi buat penjarangan buah.

*Definasi:- Promalin adalah pengawal pertumbuhan tumbuhan ( PGR ) yang digunakan terutamanya pada epal untuk memperbaiki bentuk buah-buahan ( typiness ) melalui pemanjangan buah-buahan dan juga untuk pembangunan cuping kelopak agar lebih menonjol.

**Definasi:-Gibberellins adalah hormon pertumbuhan yang merangsang pemanjangan sel dan menyebabkan tumbuh-tumbuhan untuk menjadi lebih tinggi. Gibberellins juga mempunyai peranan dalam proses tumbuhan yang lain , seperti pemanjangan batang, percambahan, berbunga dan masak buah-buahan .

>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK  

Part 1: Cara penyediaan pokok anggur untuk export


1)      Prepare plant MEDIA ( for export purpose)

2)      Media contains cocopeat, peatmost, sekam bakar (black),

3)      Add Perlite. You why we need this?

4)      See Technique how  to Extract plant from pot(nursery)

5)      Carefully remove extra soil. Don’t tear off soft root.

6)      Insert into polybag (small as possible). Normal size 9 x9 inch

7)      Add MEDIA into polybag

8)      Ready plant…

?? what is the purpose of peatmost & sekam bakar?? Any body know?

>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK  

Part 2: Packing pokok anggur untuk export


a)      Ready plant in a special MEDIA for export( see part I of video)

b)      Put little water  just to make media wet

c)       Wrap with thin soft layer  polystyrene( to avoid water seepage)

d)      Protect plant part using paper card to protect plant & leaves.
More infor.. whatsup 0166760186

>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK  

Monday, June 20, 2016

Cara membuat ANGGUR dalam pasu berbuah lebat


>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK  
a) Media tanaman
5 + 1 campuran: Tanah, Pasir, tahi ayam lama, coco peat( hancuran sabut kelapa), sekam padi hitam, perlite. Kalu dalam pasu tambah Perlite untuk mengandung air, tidak perlu siram selalu. Kadar: 1;1;1;1;1. Awas jangan guna tahi ayam baru sebab panas, pkok boleh menemui ajal. Tujuan Tanah untuk pegang Baja, pasir untuk pengudaraan, tahi ayam sbgai Baja awal, cocopeat penerap air, sekam untuk tahan penyakit. Perlite pula untuk mengandung air optimum, lebih baik dari cocopeat.

b) Baja
Bubuh baja KCL dan SP36 dalam kadar yang sama 10 hari sebelum prun/pangkas. Untuk setiap pasu bubuh  150 gram KCL dan 150 gram SP36. Baja KCL adaah penggalak bunga. Kemudian 4 hari selepas itu bubuh Urea 100 gram. Baja jangan tabur , takut terkena batang dan daun. Korek tepi pasu , bubuh baja , kemudian kambus untuk mengelak ia terpercik pada daun bila di siram.
Jika anda susah untuk mendapatkan baja di atas, guna  saja baja NPK 15:15:15 kadar 300gm 10 hari sebelum pangkas/ prun.
Selain baja di atas boleh juga guna baja organic spt tahi kelawar, yang mempunyai fosfor tinggi untuk rangsang pembungaan.

c) Pruning/pangkas
Angur tidak akan berbuah lebat kalu tidak di pangkas!!.
Buang semua daun, cabang pertama dan kedua ( jangan sayang). Buang batang yang berwarna hijau muda, jangan sayang, kerana ia akan tumbuh kembali. Tanaman yang berumur 10-12 bulan sudah boleh di pangkas, sekiranya di tanam dari batang (bukan biji).
Elakkan musim hujan, sebaik nya prun apabila tiba akhir musim hujan. Tetapi anda boleh juga memayungi pokok anggur dengan plastic telus cahaya 100%. Tanpa cahaya matahari buah akan masam.
Tunas akan keluar 1 minggu lepas prun, di ikuti bunga.

d) Kurangkan air
Siram hanya seminggu sekali. Tetapi jika di dapati layu sebab tidak cukup air siram lah ia. Ini bergantung kepada media yang anda guna. Jika anda guna media spt cocopeat bercampur perlite, maka berbulan bulan tanpa siram ia boleh hidup kerana perlite boleh kandung air. Hubungi kami jika anda mahu barangan tersebut.
Biarkan 2 minggu tanpa siram sebelum pangkas. Tetapi Dua hari sebelum pangkas siram lah ia.

e) Penjarangan

50 hari selepas pangkas, bila buah sebesar hujong jari kelingking, buang tandan yang kurang baik. Bungkus buah 30 hari sebelom di petik. Buah anggur memerlukan 105 hari dari berputik hingga ranum.

f) Ada banyak lagi rahsia kami... termasuk untuk membuat buah manis, buah berbiji jadi tanpa biji, buah lebih besar dan lebat macam dalam gambar background. Ada cara dan bahan tertertu.... kalu mahu datang ke pejabat kami di Tati Pro Energy SDN BHD/ Demenshin Agrotech di 76-1A, Jalan 7A/2, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Whatsup temujanji 0166760186. Nurseri di Jalan 3/26, Bandar Tasik Puteri.

>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK