Pecahan gentin atap umah |
>>Click untuk PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK
Faktor buah menjadi manis adalah bergantung kepada jenis anggur, waktu tuai, jenis baja dan factor lain.
Faktor buah menjadi manis adalah bergantung kepada jenis anggur, waktu tuai, jenis baja dan factor lain.
a) Jenis anggur. Anggur Delaware jenis masam
kerana kemampuan ia mengubah fosfat menjadi gula adalah minima. Jenis yang lain
boleh menjadi manis.
b) Waktu tuai. Anggur perlu di tuai setelah
tua. Biasanya 105 hari selepas berbunga atau 125 selepas pangkas.
c) Pembajaan. Baja organik untuk
memaniskan buah anggur adalah baja tahi ayam , tahi kelawar , najis burung
wallet . Ketiga2 baja tersebut mengandungi unsur fosforus(P) yang tinggi di bandingkan dengan
kotoran ternak lain . Fosforus(P) yang diserap tanaman boleh membantu
pembentukan glukosa fosfat
. Glikosa fosfat berfungsi sebagai simpanan energy untuk membantu proses
pembentukan gula.
Tanaman anggur di pekarangan rumah pada tahun pertama boleh di baja guna NPK 15:15:15 sebanyak 300 gram atau dengan baja
tunggal yang terdiri daripada urea 100 gram , SP36 150 gram , dan KCL 150 gram.
Faktor penentu rasa manis pada buah juga terletak pada unsur K yang terdapat
didalam baja KCL. Baja K ( KCL ) boleh diberikan bersamaan dengan baja P ( SP36
), 10 hari sebelum tanam anggur dipangkas, sedangkan urea diberikan 5 hari
selepas pemberian SP36 dan KCL .
d) Faktor lain yang menentukan rasa
manis buah anggur adalah pengaruh sinar matahari . Sinar matahari diperlukan untuk proses
fotosintesis . Jika tanaman kurang mendapat cahaya matahari , glukosa fosfat
yang boleh diubah menjadi gula cuma sedikit .
e) Untuk memaksimumkan penyerapan baja
oleh akar tanaman , setelah pembajaan perlu segera dilakukan penyiraman . Penyiraman yang
berlebihan boleh mengurangkan rasa manis buah anggur.
f) Cara lain yang boleh dilakukan untuk
membuat buah anggur manis adalah dengan melakukan pembungkusan buah-buahan . Pembungkusan boleh dilakukan satu bulan sebelum tuai.Buah
anggur boleh di bungkus dengan kertas atau
plastik yang berlubang di bahagian bawahnya.
g) Untuk anggur dalam pasu, letakkan di
bahagian lapisan bawah pasu pecahan
genting bercampur sekam.
>>Click untuk PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK
>>Click untuk PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK
No comments:
Post a Comment