Wednesday, June 29, 2016

Biji ANGGUR meningkatkan peredaran darah

Biji anggur boleh meningkatkan fleksibiliti sendi , saluran darah,  tisu badan dan jantung. Ia membantu meningkatkan peredaran darah dengan menguatkan kapilari, arteri dan vena .

>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK  


Lain lain manfaat kesihatan termasuk :-


a)      Tekanan darah tinggi

Antioksidan , termasuk flavonoid , asid linoleik, dan procyanidins fenolik, dalam ekstrak biji anggur membantu melindungi saluran darah daripada kerosakan, yang boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi.
Ekstrak biji anggur membantu mengembangkan saluran darah dan menurunkan tekanan darah pada orang yang ada sindrom metabolik ( kebanyakan daripada mereka juga mempunyai prehypertension).


b)      Kekurangan vena kronik

Bahan OPCs di dalam ekstrak biji anggur boleh memberi manafaat apabila anda kekurangan Vena Kronik. 80 peratus daripada mereka yang mengambil OPC mempunyai peningkatan dari gejala ini selepas 10 hari  rawatan. Perasaan berat, gatal-gatal, dan sakit  dapat dikurangkan.

c)       Kekuatan tulang

Ekstrak biji anggur meningkatkan pembentukan tulang dan kekuatan tulang.

d)      Bengkak (edema)

Ekstrak biji anggur menghalang bengkak kaki yang boleh berlaku semasa duduk berpanjangan. Menurut University of Maryland Medical Center: Kajian mendapati bahawa pesakit kanser payudara yang mengambil 600 mg ekstrak biji anggur setiap hari selepas pembedahan selama enam bulan mempunyai kurang edema dan kesakitan daripada mereka yang mengambil plasebo.


Satu lagi kajian mendapati bahawa orang yang mengambil ekstrak biji anggur selepas mengalami kecederaan sukan mempunyai kurang bengkak daripada mereka yang mengambil plasebo. 

e)      Cognitif Decline
Ekstrak biji anggur boleh membalikkan disfungsi hippocampal dalam otak dengan mengurangkan tekanan oksidatif dan memelihara fungsi mitokondria

f)       Kesihatan Pergigian
Ekstrak biji anggur mengurangkan  penyahmineralan  dan lebihkan remineralization rongga (cavity)
g)      Diabetes
Ekstrak biji anggur dimakan bersama dengan senaman boleh meningkat profil lipid , penurunan berat badan , tekanan darah dan komplikasi kencing manis.
Ekstrak biji anggur dan latihan senaman boleh membentuk suatu pendekatan terapeutik yang mudah dan murah untuk komplikasi kencing manis.


h)      Ekstrak biji anggur  juga boleh:-

Meningkatkan penglihatan malam,
Melindungi kolagen dan elastin dalam kulit anda ( untuk kesan anti- penuaan),
Merawat buasir,
Melindungi daripada ketengikan oksidatif dan patogen bakteria

No comments:

Post a Comment