Monday, June 20, 2016

Cara membuat ANGGUR dalam pasu berbuah lebat


>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK  
a) Media tanaman
5 + 1 campuran: Tanah, Pasir, tahi ayam lama, coco peat( hancuran sabut kelapa), sekam padi hitam, perlite. Kalu dalam pasu tambah Perlite untuk mengandung air, tidak perlu siram selalu. Kadar: 1;1;1;1;1. Awas jangan guna tahi ayam baru sebab panas, pkok boleh menemui ajal. Tujuan Tanah untuk pegang Baja, pasir untuk pengudaraan, tahi ayam sbgai Baja awal, cocopeat penerap air, sekam untuk tahan penyakit. Perlite pula untuk mengandung air optimum, lebih baik dari cocopeat.

b) Baja
Bubuh baja KCL dan SP36 dalam kadar yang sama 10 hari sebelum prun/pangkas. Untuk setiap pasu bubuh  150 gram KCL dan 150 gram SP36. Baja KCL adaah penggalak bunga. Kemudian 4 hari selepas itu bubuh Urea 100 gram. Baja jangan tabur , takut terkena batang dan daun. Korek tepi pasu , bubuh baja , kemudian kambus untuk mengelak ia terpercik pada daun bila di siram.
Jika anda susah untuk mendapatkan baja di atas, guna  saja baja NPK 15:15:15 kadar 300gm 10 hari sebelum pangkas/ prun.
Selain baja di atas boleh juga guna baja organic spt tahi kelawar, yang mempunyai fosfor tinggi untuk rangsang pembungaan.

c) Pruning/pangkas
Angur tidak akan berbuah lebat kalu tidak di pangkas!!.
Buang semua daun, cabang pertama dan kedua ( jangan sayang). Buang batang yang berwarna hijau muda, jangan sayang, kerana ia akan tumbuh kembali. Tanaman yang berumur 10-12 bulan sudah boleh di pangkas, sekiranya di tanam dari batang (bukan biji).
Elakkan musim hujan, sebaik nya prun apabila tiba akhir musim hujan. Tetapi anda boleh juga memayungi pokok anggur dengan plastic telus cahaya 100%. Tanpa cahaya matahari buah akan masam.
Tunas akan keluar 1 minggu lepas prun, di ikuti bunga.

d) Kurangkan air
Siram hanya seminggu sekali. Tetapi jika di dapati layu sebab tidak cukup air siram lah ia. Ini bergantung kepada media yang anda guna. Jika anda guna media spt cocopeat bercampur perlite, maka berbulan bulan tanpa siram ia boleh hidup kerana perlite boleh kandung air. Hubungi kami jika anda mahu barangan tersebut.
Biarkan 2 minggu tanpa siram sebelum pangkas. Tetapi Dua hari sebelum pangkas siram lah ia.

e) Penjarangan

50 hari selepas pangkas, bila buah sebesar hujong jari kelingking, buang tandan yang kurang baik. Bungkus buah 30 hari sebelom di petik. Buah anggur memerlukan 105 hari dari berputik hingga ranum.

f) Ada banyak lagi rahsia kami... termasuk untuk membuat buah manis, buah berbiji jadi tanpa biji, buah lebih besar dan lebat macam dalam gambar background. Ada cara dan bahan tertertu.... kalu mahu datang ke pejabat kami di Tati Pro Energy SDN BHD/ Demenshin Agrotech di 76-1A, Jalan 7A/2, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Whatsup temujanji 0166760186. Nurseri di Jalan 3/26, Bandar Tasik Puteri.

>>Click untuk  PEMBELIAN ANAK BENIH POKOK  

9 comments:

  1. Replies
    1. Ada. Jenis isabela merah. White malaga hijau. I.a.c kekuningan. Etc. Pm sales dept 0166760186

      Delete
  2. Blh tnye...td ad bli anggur hijau...jd ap step sterusnya yg prlu sy buat...pokok masih dlm pasu kecil lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ada jual baja anggur dan spray hormone untuk besarkan buah

      Delete
    2. Kami ada jual baja anggur dan spray hormone untuk besarkan buah

      Delete
  3. popok saya dah lebih 5 tahun .tanam dlm pasu.membesar dgn jayanya,tapi x erbuah.

    ReplyDelete
  4. Tuan nak tanya untuk tanam pokok anggur dalam pasu, pasu saiz brape yg perlu dipakai?

    ReplyDelete