Wednesday, August 17, 2016

Bagaimana pohon KURMA boleh berbuah

1.    Pengenalan

Pokok kurma adalah dioecious ( berumah dua (dioecious):- satu tanaman hanya mempunyai bunga jantan sahaja, dan tanaman lain mempunyai bunga betina sahaja ).
Pohon betina berbuah , jantan menghasilkan debunga. Ini bermakna jika anda menanam pohon jantan sahaja atau pohon betina sahaja, anda tidak akan mendapat buah kurma yang di harapkan di pokok anda.

Kebun kurma komersial biasanya di tanam  1 jantan dan  50 pokok betina se-ekar. Pendebungaan semulajadi oleh angin dan pendebungaan tangan adalah salah satu teknik pertanian tertua. Dengan menggunakan kaedah pendebungaan mekanikal , debunga yang dikumpul dari bunga jantan dicampur dengan pembawa seperti tepung , dan ditabur kepada kelompok bunga betina.

Nota:- Debunga jantan boleh di beli di pasaran jika anda tidak mempunyai pokok jantan. Debunga jantan boleh bertahan sehingga 2 tahun selepas di petik.



Mesin pendebungaan utk hasilkan buah kurma>> Klik disini


2) Pembiakan pokok kurma

Pokok kurma di biakkan melalui tiga cara, dengan biji, dengan sesalor(offshoot) dan secara tissue cultured. Pembiakan dengan tissue culture adalah berteknologi tinggi dimana pokok di klon menggunakan sel tissue pokok ibu. Biasanya tissue culture di lakukan untuk mendapatkan banyak pokok betina.

a)      Menggunakan biji

80    peratus baka pokok yang tumbuh dari biji adalah pokok jantan.

b)     Menggunakan offshoot(sesalur)

Biasanya 70 peratus anak pokok kurma yang tumbuh dari pokok dewasa( offshoot) adalah pokok betina dan boleh menghasilkan buah.




a)      Benih kurma Tisu kultur

Benih kurma yang diperoleh dari teknik kultur potensi betinanya adalah 99%.
Tisu kultur adalah koleksi teknik yang digunakan untuk mengembangkan sel atau tissue tumbuhan dalam keadaan steril pada medium budaya nutrien. Tisu kultur digunakan secara meluas untuk menghasilkan klon tumbuhan dalam kaedah yang dikenali sebagai mikro-propagasi.







3) Mengenali pokok jantan dan betina




Untuk mengenali jantan betina, Disamping panjang daun, kurma jantan juga mempunyai duri lebih banyak dan panjang dibandingkan dengan kurma betina. Lihat http://goo.gl/1P9j25
Nota:-
Monoecious bermaksud berumah satu (monoecious): organ (bunga) jantan dan betina terdapat pada satu tanaman (yang sama), tetapi terpisah letaknya.


4) Penyediaan media untuk tanaman


Media tanam yang baik di gunakan adalah tanah gembur , pasir, sekam bakar, tanah kompos. Semua bahan-bahan tersebut di campur , seperti  berikut :

No comments:

Post a Comment